WikiFX: Perniagaan Yang Meragukan Dengan Kaedah Yang Lebih Meragukan

The Expert Trader
8 min readOct 8, 2020

Ironinya pasaran kewangan adalah satu bentuk perniagaan di mana secara rasminya ia mempunyai banyak peraturan. Sama seperti perdagangan senjata ia juga mempunyai masalah yang sama — banyak entiti haram yang berkembang di jenis-jenis perniagaan ini.

Broker scam, perkhidmatan pemulihan dana yang merompak trader yang telah dirompak, HYIP, kursus perdagangan “belajar cara membuat berjuta-juta duit semalaman” dan sejumlah skim penipuan yang lain semuanya cenderung mengeksploitasi titik lemah sifat manusia — kepercayaan bahawa ada seseorang di luar sana yang boleh menjual kepada anda satu alat ajaib dengan butang “CEPAT KAYA”!

Pencuri yang menjerit “Pencuri!”

Dengan mengambil kira perkara di atas, sebenarnya terdapat permintaan yang tinggi dalam masyarakat untuk mendapatkan maklumat yang benar dan tidak berat sebelah mengenai sesebuah syarikat. WikiFX mengaku sebagai penyedia maklumat yang jujur mengenai setiap broker tetapi sebenarnya mereka menjana wang dengan memeras ugut broker dan mempromosi kan mana-mana syarikat yang menawarkan untuk membayar wang yang banyak untuk mendapat rating yang tinggi.

WikiFX adalah contoh klasik tentang pencuri yang menjerit “Kejar pencuri tu!” lebih kuat daripada orang lain di khalayak ramai. Malangnya strategi itu sangat berkesan dan kebanyakan trader cenderung mempercayai penilaian tentang broker dari WikiFx ini tanpa mempersoalkan penilaian itu berdasarkan apa dan siapa yang menaja pangkalan data untuk kesemua broker global ini.

Menurap Jalan Dengan Niat Yang Baik

Kejahatan yang paling dahsyat terhadap manusia pun dilakukan kononnya dengan niat yang baik. Bermula dengan perang salib yang pertama dan diakhiri dengan holocaust. Selalunya akan ada beberapa hujah yang bernas, mereka yang dilindungi serta kaedah yang boleh dipercayai.

Tanyakan kepada mana-mana trader adakah setiap broker forex harus diselia oleh pihak ketiga? Dengan kebarangkalian hampir 100%, mereka pasti menjawab “ya” dan jawapan ini benar sama sekali. Prosedur mengetahui-pelanggan-anda dan beberapa kawalan pihak ketiga yang tidak berat sebelah sangat penting untuk menjaga ketelusan keseluruhan perniagaan dalam bidang kewangan. Inilah hujah yang digunakan oleh WikiFX ketika mempromosi kan perkhidmatannya dan tidak ada gunanya untuk kita bantah. Bermula dengan kebenaran yang tidak dapat dipertikaikan adalah strategi yang baik untuk memenangi sesuatu perdebatan.

“Keberadaan untuk jangka masa panjang di pasaran akan menambah kredibiliti”, — kata WikiFX, dan sekali lagi itu benar sama sekali.

“Tidakkah anda setuju bahawa lebih lama syarikat itu wujud, lebih baik?”. “Tentu!”, — trader akan bersetuju sekali lagi.

Misi mereka selesai! Ini adalah masanya untuk mereka menambah kriteria lain pada kaedah penilaian mereka di carta kedudukan broker. Trader akan cenderung mempercayai perkhidmatan tersebut kerana mereka telah bersetuju dengan kriteria yang paling penting. Selebihnya cuma butiran kecil.

Tetapi bagaimana jika kaedah penilaian selebihnya bukan hanya masalah kecil? Bagaimana jika butiran ini boleh menjadi kaedah untuk memanipulasi fakta sebanyak mana yang mereka mahu?

Bolehkah kriteria penilaian WikiFX dipercayai?

Sekiranya kita melihat penilaian untuk mana-mana broker dari WikiFX, kita dapat melihat bahawa kriteria penilaian mereka adalah seperti berikut:

  • Tahun pendaftaran
  • Regulasi
  • Lesen “Market Making”
  • Lesen perisian

Sebagai contohnya, ini adalah ringkasan mengenai broker yang diberi nilai tertinggi di WikiFX:

Contoh WikiFX Forex com

Benar-benar nampak menarik. Tanpa memperdulikan perasaan kami terhadap broker yang satu ini, laporan ini nampaknya di laksanakan dengan baik. Kesemua penyelia di senaraikan di bawah, maklumat mengenai perisian yang digunakan, pelesenan, dan tahun operasi kesemuanya disertakan.

Tetapi bagaimana pula jika kita mengambil broker lain yang mempunyai ranking yang rendah di di WikiFX secara rawak?

WikiFX Ranking untuk NinjaTraderBrokerage

Di sinilah kebenaran akan tersingkap. Sekali lagi, tanpa menghiraukan perasaan terhadap broker yang satu ini, sangat mudah untuk mengetahui apa yang mereka lakukan, lesen apa yang mereka ada dan jenis perisian yang mereka gunakan.

Klon yang mencurigakan? Anda serius? Sekiranya kakitangan WikiFX cukup peduli untuk melakukan siasatan sebelum memberi tanda “Mencurigakan” pada broker, mereka akan melihat bahawa kedua-dua domain, nijatrader com dan ninjatraderbrokerage com tergolong dalam entiti yang sama.

NinjaTrader whois data

Sekiranya mereka cukup peduli untuk mengumpulkan maklumat mengenai broker dari sekurang-kurangnya satu sumber yang boleh dipercayai, seperti Investopedia atau pangkalan data lain yang lebih kurang sama, mereka akan mengetahui bahawa syarikat itu bukan sahaja menyediakan perkhidmatan pembrokeran, tetapi juga terkenal dengan platform perdagangannya dengan alat analisis teknikal yang canggih. Tetapi satu-satunya perisian perdagangan yang dianggap boleh dipercayai oleh WikiFX adalah MT4 / MT5. Mereka mengabaikan fakta bahawa perdagangan tidak hanya sekadar produk MetaTrader, tidak kira seberapa baik atau popularnya ia. WikiFX akan menurunkan skor mana-mana broker dengan perisian yang telah dibina khas. Kita dapat melihatnya dengan jelas dari contoh di atas tadi.

Kriteria lain yang selalu WikiFX banggakan untuk digunakan sebagai penilaian sesuatu broker adalah Regulasi. Dengan menggunakan contoh yang sama, mari kita lihat seberapa baik mereka membuat penilaian untuk bahagian ini. Seperti yang anda lihat di atas, WikiFX menggunakan cap “Lesen Regulasi Yang Mencurigakan” untuk NinjaTrader Brokerage.

Dan inilah adalah rekod dari The National Futures Association, yang didaftarkan oleh NinjaTrader sebagai broker Futures:

Bukti NTB dan Regulasi NFA yang menunjukkan WikiFX tidak diiktiraf sebagai syarikat yang dipercayai

Kita tidak boleh mengharapkan untuk setiap trader tahu yang mana-mana broker Futures yang ingin beroperasi di pasaran AS mesti menjadi anggota NFA. Ini adalah permintaan dari Commodity Futures Trading Commission mengenai operasi broker Futures. Tetapi ini sama sekali tidak dapat diterima untuk laman web yang membuat ranking untuk broker, seperti WikiFX, yang menandakan broker Futures yang didaftarkan di NFA sebagai tidak boleh dipercayai.

Selain daripada itu, dapatkah anda perhatikan pada tangkapan skrin di atas menunjukkan bahawa NTB telah memperoleh lesen NFA pada tahun 2004? Namun, ini tidak menghalang WikiFX untuk mendakwa bahawa pembrokeran ini hanya telah beroperasi selama 1–2 tahun sahaja, dan bukannya 16 tahun seperti operasi sebenarnya.

Kita boleh membincangkan lebih lanjut lagi sebab-sebab di sebalik selektiviti WikiFX seperti itu tetapi contoh secara rawak ini jelas menunjukkan bahawa mana-mana broker yang memberikan akses kepada perdagangan derivatif bukan forex atau berani memperkenalkan perisian yang dibangunkan khusus kepada pedagangnya berisiko menerima ulasan negatif di WikiFX tanpa mengira kebolehpercayaan sebenar serta regulasinya.

Apa sebenarnya di sebalik selektiviti WikiFX?

WikiFX mendakwa mempunyai pasukan profesional yang kesemuanya terlibat dalam penilaian objektif untuk perkhidmatan sesuatu broker, lesen dan perisian terpakai. Kaedah yang digunakan oleh ahli-ahli profesional ini masih belum didedahkan. Walaubagaimanapun seperti yang kita lihat dari perbandingan di atas, dua broker yang dipercayai boleh memperoleh skor dari 1.0 dan hingga 10.0 di WikiFX. Mereka tidak mengambil kira regulasi apa yang broker itu guna, untuk berapa lama mereka telah beroperasi dan jenis perisian apa yang mereka gunakan.

Jadi sebenarnya sukar untuk meneka dengan keyakinan 100% apa yang digunakan di sebalik selektiviti tersebut. Perkara pertama yang terlintas di fikiran ialah WikiFX mungkin berafiliasi dengan beberapa broker. Hipotesis tersebut menjadi lebih realistik jika kita cuba memahami siapa yang menaja WikiFX.

Tidak ada iklan built-in yang telus sama ada di versi laman web atau di aplikasinya. Tidak ada langganan berbayar untuk akses ke pangkalan data. Ini bermaksud bahawa pengguna menaja perkhidmatan mereka dengan tidak perlu menonton iklan atau tanpa perlu membuat apa-apa bayaran kepada mereka. Menjadi organisasi bukan amal dan bukan kerajaan, WikiFX sudah tentu tidak ditaja oleh mana-mana kerajaan atau mendapat apa-apa sumbangan dari mana-mana.

Satu-satunya pilihan yang tinggalkan ialah ada broker yang menaja sistem ranking ini secara langsung, yang secara automatik menjadikan keseluruhan sistem ini tidak boleh dipercayai dan sangat berat sebelah.

Satu-satunya kaedah telus yang kita tahu yang WikiFX gunakan untuk mengumpulkan wang adalah yuran penajaan yang mereka kumpulkan dari peserta untuk acara luar talian mereka.

Sekarang mari kita lihat peserta pameran WikiFX Expo di Thailand baru-baru ini.

Peserta Pameran Expo Thai WikiFX

  • TLC adalah platform pelaburan yang tidak dikawal selia yang ditubuhkan pada tahun 2019
  • Samtrade FX tidak diselia oleh mana-mana agensi tetapi WikiFX sendiri menyenaraikannya sebagai boleh dipercayai
  • Forex4you tidak dikawal selia oleh mana-mana agensi tetapi WikiFX sendiri menyenaraikannya sebagai boleh dipercayai
  • B2 Broker adalah broker yang tidak dikawal selia
  • XDL FX adalah broker yang tidak dikawal selia
  • VAT FX adalah broker yang tidak dikawal selia

Enam daripada enam belas peserta pameran ekspo WikiFX baru-baru ini tidak mempunyai status undang-undang yang sesuai dengan “standard” WikiFX itu sendiri. Fakta ini walaubagaimanapun tidak menghalang mereka untuk mempromosikan perkhidmatan syarikat-syarikat ini di acara luar talian mereka. Fakta yang aneh ini banyak memberitahu tentang sikap WikiFX kepada trader yang mencari rakan kongsi yang boleh dipercayai. Reputasi tidak lain hanyalah item untuk dijual beli melalui sistem ranking broker ini.

Keruh Yang Semakin Keruh

Setakat ini kita hanya membincangkan fakta bahawa sesiapa sahaja boleh memeriksa sendiri tentang WikiFX dengan menggunakan alat dan sumber yang percuma.

Sebenarnya tidaklah begitu sukar untuk mengetahui bahawa WikiFX menggunakan standard yang tidak telus untuk menilai sesuatu broker. Ia mengabaikan spesifikasi sebilangan broker yang menurunkan skor mereka kerana derivatif bukan standard yang mereka tawarkan untuk berdagang atau berdagang menggunakan perisian perdagangan khusus. Ia juga mempromosikan broker yang tidak dikawal selia dan tidak berlesen, yang 100% bertentangan dengan nilai dan misi WikiFX yang telah dinyatakan.

Menurut khabar angin, syarikat ini juga didapati memeras ugut broker agar membuat bayaran kepada WikiFX dengan tujuan untuk mendapat ulasan yang lebih baik di WikiFX. Terdapat juga beberapa bukti yang menunjukkan promosi platform WikiFX yang mencurigakan melalui media sosial dan Quora. Beberapa ulasan positif WikiFX juga kelihatan sangat mencurigakan. Semua perkara di atas hanyalah menunggu masa untuk penyiasatan lebih lanjut.

Walaupun demikian, ribuan pengguna tetap bergantung pada maklumat yang diberikan oleh sistem ranking yang menipu ini. Dan kelihatannya kesemua pengguna ini seakan-akan berpuas hati. WikiFX telah mendapat 4.5 bintang di Google Play, iaitu sesuatu yang cukup baik. Walau bagaimanapun, ulasan WikiFX yang positif kelihatannya menggunakan semantik yang serupa dan ia juga sangat mencurigakan. Walaupun mendapat nilai purata yang tinggi, Google Play menganggap mesej berikut paling relevan dan membawanya ke puncak ulasan WikiFX:

Ulasan Google Play WikiFX yang paling relevan

Anda mempunyai faktanya sekarang dan sudah tiba masanya untuk membuat kesimpulan anda sendiri.

--

--

The Expert Trader

I have a long experience in trading. I can tell if the broker is a scammer or the broker is really honest. I will do my review here so ppl can refer to it.